SMK BAGAN TERAP, 45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR
UJIAN SELARAS 1 2011
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
BAHASA MELAYU (KERTAS 1)
Kertas soalan ini mengandungi 30 soalan. Jawab semua soalan.
Soalan-soalan 1 hingga 4 berdasarkan petikan di bawah ini.
Di Malaysia bencana alam jarang-jarang berlaku. Namun begitu, antara bentuk bencana alam yang kerap direkodkan di negara ini ialah banjir, banjir kilat, dan tanah runtuh. Bencana alam sebahagian besarnya berlaku akibat daripada proses alam semula jadi. Sepanjang sedekad yang lalu, terdapat beberapa peristiwa bencana alam yang mendapat liputan meluas, seperti Tragedi Highland Towers (1993), Tragedi Pos Dipang (1996), dan kejadian tanah runtuh di Gombak (2004). Tragedi hempasan ombak Tsunami pada 26 Disember 2004 yang lalu merupakan yang pertama kali berlaku dan tidak mungkin kita lupakan.
Kejadian tanah runtuh, banjir lumpur, banjir kilat, atau kebakaran hutan bukan kerana kesalahan alam ciptaan Tuhan, tetapi disebabkan oleh perbuatan manusia yang tidak mempedulikan betapa pentingnya mereka memelihara alam sekitar. Sikap rakus yang mementingkan keuntungan dan kesenangan dengan cara mudah menyebabkan berlaku penebangan hutan tanpa kawalan, pembuangan sampah merata-rata, pembuangan sisa toksik, dan sistem perbandaran tidak sistematik.
Fenomena bencana alam bukan sahaja mengorbankan banyak nyawa dan memusnahkan harta benda, tetapi juga telah menjejaskan ekonomi termasuk sektor pelancongan sesebuah negara. Tamsilannya, bencana ombak Tsunami dan gempa bumi yang melanda Sri Lanka, India, Thailand, Indonesia, Maldives, Myanmar, dan Malaysia membawa kerosakan yang amat besar. Tragedi Tsunami yang menggemparkan seluruh dunia wajar dijadikan iktibar kerana bencana ini bukan sahaja mengorbankan ribuan nyawa, kemusnahan harta benda, malah mengubah peta dunia. Ada yang hilang dan dijangkakan akan menambahkan angka kematian. Harta benda seperti rumah, ternakan, dan kenderaan telah musnah dalam sekelip mata. Yang lebih menyedihkan atau mengharukan ialah kehilangan orang yang tersayang seperti anak dan ahli keluarga, bak kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Selain itu, mangsa bencana sering mengalami gangguan emosi dan fizikal. Lebih-lebih lagi peristiwa yang berlaku buat pertama kali dalam bentuk yang menakutkan, mengerikan, atau menyayat hati dan datangnya secara mengejut akan mengakibatkan persediaan mental menjadi kurang mantap. Keyakinan mereka terhadap kehidupan semakin pudar lalu menjadikan aktiviti kehidupan bertukar hambar. Selain menjejaskan mental, mangsa yang trauma juga akan mengalami ketidakstabilan emosi. Oleh itu, mereka yang tidak terlibat hendaklah bersyukur dan mengambil kesempatan untuk membantu mereka yang menjadi mangsa pengalaman traumatik.
Intihanya, alam sekitar merupakan sebahagian daripada elemen penting yang perlu dipelihara oleh manusia sebagai satu khazanah yang amat berharga. Pengurusan alam semula jadi yang sistematik perlu diberi perhatian khusus bagi memastikan pembangunan negara secara lestari dan bersifat mesra alam. Bagi mengukuhkan pengurusan alam sekitar, kerjasama dan penyelarasan yang bersepadu antara sektor kerajaan, swasta, dan badan bukan kerajaan sangat diperlukan. Namun begitu, peranan individu juga penting sebagai entiti yang bertanggungjawab melindungi dan memelihara alam sekitar. Tegasnya, tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar bukan terletak kepada pihak yang berwajib sahaja, tetapi menjadi tanggungjawab semua pihak yang terlibat baik secara langsung mahupun secara tidak langsung.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada ’Bencana Alam Angkara Siapa’,Dewan Siswa, September 2006)
1 Fokus petikan ini ialah
A kesan-kesan bencana alam
B punca-punca bencana alam
C bencana ialah ketentuan Tuhan
D kesan Tsunami kepada manusia
2 Antara yang berikut, yang manakah bukan kesan bencana alam kepada manusia?
A Bencana alam menyebabkan mangsa kehilangan harta benda.
B Bencana alam menyebabkan mangsa kehilangan orang tersayang.
C Bencana alam menyebabkan mangsa mengalami gangguan emosi dan fizikal.
D Bencana alam menyebabkan sektor pelancongan dan ekonomi negara terjejas.
3 Mengapakah mangsa sesuatu bencana sering mengalami gangguan emosi dan fizikal?
I Mangsa bencana tidak dapat menyelamatkan harta benda mereka.
II Mangsa bencana tidak mendapat sokongan untuk meneruskan kehidupan.
III Bencana berlaku secara mengejut dan menyebabkan persediaan mental kurang
mantap.
IV Bencana berlaku buat pertama kali dan dalam keadaan yang sungguh menakutkan,
mengerikan atau menyayat hati.
A I dan II B I dan IV
C II dan III D III
4. Berikut merupakan langkah-langkah yang disarankan oleh penulis untuk memelihara
alam sekitar kecuali
A pengurusan alam semula jadi yang sistematik perlu diberi perhatian
B pelbagai sektor perlu memberi kerjasama untuk mengukuhkan pengurusan alam sekitar
C pihak yang berwajib dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk memelihara alam sekitar
D setiap individu perlu memainkan peranan untuk melindungi dan memelihara alam sekitar
Q
P
5. Apakah vokal yang berada di tempat P dan Q dalam rajah di atas
| P | Q |
A | i | U |
B | e | O |
C | ə | O |
D | e | u |
|
Vokal yang dimaksudkan ialah
A. Vokal depan luas B. Vokal depan sempit
C. Vokal depan separuh luas D. Vokal depan separuh sempit
7. Vokal akhir pada kata [baharu]
A. vokal depan sempit B . vokal belakang sempit
C. vokal depan separuh sempit D. vokal belakang separuh sempit
8. Antara yang berikut, yang manakah kata yang mengandungi bunyi diftong
I Bait II Sauk
III Audit IV Baiduri
A. I dan II B. I dan III
C II dan IV D. III dan IV
9. Di manakah kedudukan konsonan [y] dalam cara sebutan dan daerah sebutan yang berikut
Lambang Konsonan | Nama Konsonan | ||
I II III IV | [g] [j] [ŋ] [ɦ] | P Q R S | Letusan : Lelangit keras bersuara Geseran: Glotis tak bersuara Letupan: Lelangit lembut bersuara Sengauan: Gusi lelangit keras bersuara |
10. Pilih padanan yang betul antara lambing konsonan dengan namanya
| I | II | III | IV |
A | R | P | S | Q |
B | P | S | Q | R |
C | R | Q | P | S |
D | Q | R | S | P |
|
11. Pernyataan di atas adalah tentang penghasilan bunyi
A. letupan B. letusan
C. geseran D. sisian
12. Perkataan manakah yang mengandungi konsonan pinjaman
I Mengongoi II Mesyuarat
III Menerawang IV Mengkhianati
A. I dan II B. I dan III
C. II dan IV D. III dan IV
13. Perkataan yang manakah mengandungi bunyi konsonan letupan tak bersuara
I Ketiadaan II Peradaban
III Gelanggang IV Dedalu
A. I dan II B. I dan IV
C II dan III D. III dan IV
14. Pernyataan yang menunjukkan cirri-ciri diftong
I dieja dengan gabungan dua vocal
II dihasilkan denganpita suara tak bergetar
III wujud cirri geluncuran lidah dalam penghasilannya
IV mempunyai dua puncak kelantangan
A. I dan III B. II dan III
C I dan IV D. II dan IV
15. Perkataan yang manakah dapat menerima sisipan
I Serak II Kejang
III Ganggang IV Gabus
A. I dan II B. I dan III
C II dan IV D. III dan IV
16. Kumpulan konsonan yang kesemuanya dihasilkan dengn getaran pita suara ialah
A [p, b, t] B [d, g, b]
C [b, k, g] D [t, d, g]
17. Perkataan manakah yang mengandungi konsonan pinjaman?
I Konvoi II Ninja
III Khabar IV Menggonggong
A I dan II B I dan III
C II dan IV D III dan IV
18. Antara yang berikut, yang manakah kata yang dimulai dengan bunyi letupan gigi-gusi tak bersuara dan diakhiri dengan bunyi sengauan lelangit lembut?
A Dandan B Tenteram
C Tanjung D Keroncong
19. Kumpulan kata yang manakah yang mempunyai fonem yang mengalami proses glotalisasi atau hentian glottis ketika bunyinya dihasilkan?
A badak, saat, percik
B kakak, bedah, tidak
C merah, kekal, kapak
D merah, perak, keadaan
20. Antara yang berikut, yang manakah kumpulan kata yang kesemua perkataannya mempunyai vokal tengah.
A. kekwa, leceh, system B. belang, kelmarin, lewah
C. sembang, ensel, kesumat D. sejahtera, kepompong, jerlus
21. Unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu dikenal sebagai
A bunyi
B fonem
C morfem
D suku kata
22. Pilih pasangan kata yang kedua-duanya kata tunggal.
A. berdikari, gelisah B. berenang, gelojoh
C. berlatih, gelanggang D. berdamping, gerodak
23. Yang manaka perkataan yang mempunyai suku kata praakhir tertutup dan suku kata akhir tertutup?
I. ilmiah II. Lengkuas
III. kelompok IV. Sumbangseh
A. I dan II B. I dan III
C II dan IV D. III dan IV
24. Ayat yang manakah mengandungi kata kerja transitif
I. Daun berterbangan ditiup angin
II. Adik selalu memanggil ibu
III. Cetakan ini berkualiti tinggi
IV. Pertunjukan itu amat menarik
A. I dan II B. I dan III
C II dan IV D. III dan IV
25. Contoh kata kerja tak transitif tak berpelengkap ialah
I. menjerit II. Melencong
II. meninjau IV. Meneliti
A. I dan II B. I dan III
C II dan III D. III dan IV
26. Ayat yang manakah yang betul penggunaan kata sendi nama?
A. Hanya golongan yang kaya yang mampu melabur di syarikat-syarikat yang besar
B. Kepercayaan ini telah menular secara meluas dalam masyarakat kita pada masa ini
C. Saya berdiri di anjung rumah semasa dia dating bersama-sama ibunya semalam
D. Banyak peluang pekerjaan yang terdapat di sector swasta semasa ekonomi memuncak.
|
27. Kata berhuruf condong dalam ayat di atas ialah
A. Kata bantu aspek
B. Kata bantu ragam
C. Kata penguat bebas
D. Kata penguat hadapan
28. Pilih ayat yang mengandungi kata adjektif pancaindera gabungan
A. Kulit muka pragawati itu licin sungguh
B. Bedak yang dibeli oleh liza sungguh harum
C. Suasana di kantin itu bising semasa para pelajar berehat
D. Pengantin itu kelihatan sungguh cantik setelah di andam
29. Pilih perkataan yang mengandungi tiga morfem
A. berbaris B. santapan
C. mempersembahkan D. menghadiahkan
30. Jumlah morfem bagi kata berperikemanusiaan ialah
A. empat B. tiga
C. lima D. lapan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan