Sabtu, 5 Mac 2011

Pokok Mahkota Dewa


Nama Tempatan:mahkota dewa  
Nama Saintifik:Phaleria papuana  
Nama Lain:buah dewa, simalatama  
Famili:Thymelacea  
Lokasi dijumpai:indonesia Asal:

keterangan:

pohon jenis renek, buah berwarna kemerah - merahan

kegunaan:

dilaporkan di indonesia ianya digunakan untuk merawat pelbagai jenis kanser, masalah buah pinggang,darah tinggi, stroke, kencing manis, kolesterol tinggi dan pelbagai kegunaan yang lain
Deskripsi Tanaman :

Mahkota dewa merupakan tanaman jenis pohon yang berkembang dan tumbuh sepanjang tahun, ianya mampu mencapai ketinggian 3-4m.Batang bergetah terdiri dari kulit yang berwarna coklat kehijauan dan batang kayu berwarna putih, ianya berakar tunjang.

Daun :

Daun berbentuk bujur, lansing, memanjang & hujungnya runcing, tepi daun rata, permukaan daun licin dan tidak berbulu.

Bunga :

Bunga mahkota dewa berwarna putih dan berbau harum. Bunga tersebut berukuran kecil menyerupai bunga cengkih.

Buah :

Buah mahkota dewa terdiri dari kulit, daging, kulit & biji. Buah berbentuk bulat, diameter 3-5cm, permukaan licin, beralur, ketika muda warnanya hijau dan merah setelah masak. Daging buah berwarna putih, berserat dan berair.

Salut biji :

Salut biji buah merupakan kulit dari biji yang juga termasuk bahagian yang sering di manfaatkan sebagai ubat, ianya perlu di rebus terlebih dahulu.

Biji :

Merupakan bahagian tanaman paling beracun. Bentuknya bulat lbujur berdiameter sekitar 1cm & berwarna coklat, bahagian dalam berwarna putih.

Kandungan Kimia :

          1. Daun : mengandungi antihistamin, alkaloid, saponin & polifenol (lignan)
          2. Kulit Buah : mengandungi alkaloid, saponin & flavonoid.
3. Buah : alkanoid, tanin, flavonoid, fenol, saponin, lignan, minyak asiri & sterol.

Sifat & Khasiat :

          1. Kulit Buah dan Daging Buah :  mengubati disentri (cirit berdarah), psoriasis &
      jerawat.
2. Daun dan Biji : mengubati pelbagai jenis sakit kulit seperti ekzim & gatal2.
3. Buah : antitumor, antidisentri,antiinsekta, mengubati eksim, hepatotoksik &
   antibodi.
* Komponen lignan baru  yang terdapat pada ekstrak daging buah mahkota dewa berumus molekul C6 H2O O6  & berstruktur 5-{4(-menthoxy-phenyl-tetrahydrofuro-[3,4-c]furan-1-yl)-benzene-1,2,3-triol.

Antara Penyakit Yang Dapat Disembuhkan Dengan Campuran Mahkota Dewa

1.     Kanser & Tumor
2.     Eksim (Penyakit Kulit)
3.     Diabetis Melitus (Kencing Manis)
4.     Hipertansi (Darah Tinggi)
5.     Hepatitis (Radang Hati)
6.     Reumatik (Sakit Sendi)
7.     Asam Urat (Arthritis Gout)
8.     Penyakit Jantung
9.     Gangguan Ginjal

Catatan
-  Bahagian buah terutamanya bijinya beracun, ianya perlu di rebus sebelum memakannya.
-  Ibu hamil dilarang meminum hasil pemprosesan tumbuhan ini.

1 ulasan:

  1. Lihatlah kebesaran Allah mencipta sesuatu yang tak pernah terfikir oleh manusia

    BalasPadam