Ahad, 27 Mac 2011

MARKAH UJIAN SELARAS 1 PELAJAR T6 2011 SMK BAGAN TERAP


      MARKAH UJIAN SELARAS 1 PELAJAR T6 2011 SMK BAGAN TERAP.
BIL
NAMA
MARKAH %

1
FATIN ALINA JAPRI
34

2
MOHAMAD ISMAIL MAJELAN
51

3
MOHAMAD VILLI SULAIMAN
48

4
MUHAMMAD AMIRUDDIN KHALID
41

5
MUHAMMAD KAMARUL ISMAIL
75

6
MUHD HAFRIZZUL HAFIZ
44

7
NOR FAZIRAH SHUKOR
55

8
NORELAWATY SAPAROJI
51

9
NUR HIDAHYAH ABAS
54

10
SHAMSOL FATHI HIDAYAT
51

11
ANUAR  NORDIN
48

12
AZIEZATUL NEZIRAH AMRI
55

13
MOHAMAD ZULKIFLI MD HATTA
51

14
MOHD AZAMUDDIN MOHAMAD AZMI
51

15
MUHAMMAD ARIF SAHARUDDIN
48

16
NOOR HAZWANI MASHOR
41

17
NOR ELIANA ABDUL WAHAB
34

18
NOR ZAIMAH SAMAT
34

19
NUR ATIKAH JAMALUDDIN
44

20
NUR HIDAYAH SANI
30

21
NUR SHAFIQAH NASARUDDIN
-

22
NURUL AFIDAH KASIM
37

23
NURUL AISHAH MOHD MUSLEH
37

24
NURUL HIDAYAH JAMALUDDIN
51

25
NURUL HIDAYU MD ISMAIL
51

26
SITI MASAYU AHMAD JOHARI
48

27
SITI NOR SUHADA MOHD ARSHAD
51

28
ZURINA HASSAN
62


Selasa, 15 Mac 2011

Tugasan 2

Jawab Semua Soalan di bawah ini
Jawapannya kita bincang dalam kelas..

Isnin, 14 Mac 2011

Tugasan 1 Masa Cuti: Ting. Enam 2011

TUGASAN MASA CUTI  TINGKATAN 6
11 – 20 MAC 2011

Tugasan 1

Kesantunan Bahasa

  1. Bahasa melambangkan
A.           kehalusan, budi, kesopanan dan tingkah laku penutur dan masyarakat sesuatu bahasa
B.           kesenian, budi, kesopanan dan tingkah laku penutur dan masyarakat sesuatu bahasa
C.           kehalusan, budi, kesopanan dan tingkah laku penutur dan masyarakat sesuatu bahasa
D.           kehalusan, kekayaan, kesopanan dan tingkah laku penutur dan masyarakat sesuatu bahasa

  1.  
Bapa:    Rushdi
Gelaran warisan Tengku
            Telah menunaikan haji
Anak:   Jamilah
            Ahli Dewan Rakyat
            Doktor


      Apakah panggilan hormat bagi Rushdi dan Jamilah?
     

Rushdi
Jamilah
A
Yang Berbahagia Tuan Haji Tengku Rushdi
Yang Amt Berhormat Doktor Jamilah
B
Yang Mulia Tuan Haji Tengku Rushdi
Yang Berhormat Mulia Doktor Tengku Jamilah
C
Yang Berusaha Tuan Haji Tengku Rushdi
Yang Berhormat Mulia Doktor Jamilah
D
Yang Amat Mulia Tengku Haji Rushdi
Yang Berhormat Mulia Doktor Tengku Jamilah
                              STPM 2005
  1.  
STPM 2006
  • Menteri Pelajaran
  • Yang Dipertua Dewan Rakyat
  • Ahli Dewan Rakyat


A.              Yang Berhormat
B.               Yang Berbahagia
C.               Yang Amat Berhormat
D.              Yang Amat Berbahagia



  1. Gelaran hormat yang berikut adalah betul, kecuali

A
Yang Berhomat
Setiausaha Parlimen
B
Yang Arif
Hakim Mahkamah Tinggi
C
Yang Berusaha
Pegawai Pelajaran Daerah
D
Yang Berbahagia
Isteri kepada Ketua Menteri
STPM 2007


  1. Yang manakah padanan yang betul bagi gelaran warisan, gelaran ikhtisas, dan gelaran kurniaaan


Gelaran warisan
Gelaran ikhtisas
Gelaran kurniaan
A
Syed
Datuk
Doktor
B
Wan
Profesor
Toh Puan
C
Tunku
Naib Cacselor
Sheikh
D
Raja
Ustaz
Tuan Kadi
STPM 2007



 6. Rosmaini
·         Suaminya bergelar Tun
·         Senator
·         Keturunan Nik
·         Berkelulusan Ijazah doctor falsafah

Rujukan hormat yang betul bagi Rosmaini ialah;
A.     Yang Berhormat Tun Dr. Nik Rosmaini
B.     Yang Berhormat Toh Puan Dr. Nik Rosmaini
C.     Yang Amat Berhormat Toh Puan Dr. Nik Rosmaini
D.     Yang Berhormat Mulia Toh Puan Dr. Nik Rosmaini
STPM 2008

 7. Berdasarkan jadual yang berikut, padanan yang manakah yang betul antara nama jawatan dengan panggilan kehormatnya?
I      Ahli Dewan Negara           - Yang Berhormat
II     Ketua Hakim Negara         - Yang Arif
III   Ketua Menteri                    - Yang Amat Berhormat
IV   Yang Dipertua Negeri        - Yang Amat Berbahagia

A  I    dan II
B  I    dan III
C  II   dan IV
D  III dan IV

Khamis, 10 Mac 2011

Ujian Selaras 1 2011


SMK BAGAN TERAP, 45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR
UJIAN SELARAS 1 2011
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
BAHASA MELAYU (KERTAS 1)

Kertas soalan ini mengandungi 30 soalan. Jawab semua soalan.

Soalan-soalan 1 hingga 4 berdasarkan petikan di bawah ini.

Di Malaysia bencana alam jarang-jarang berlaku. Namun begitu, antara bentuk bencana alam yang kerap direkodkan di negara ini ialah banjir, banjir kilat, dan tanah runtuh. Bencana alam sebahagian besarnya berlaku akibat daripada proses alam semula jadi. Sepanjang sedekad yang lalu, terdapat beberapa peristiwa bencana alam yang mendapat liputan meluas, seperti Tragedi Highland Towers (1993), Tragedi Pos Dipang (1996), dan kejadian tanah runtuh di Gombak (2004). Tragedi hempasan ombak Tsunami pada 26 Disember 2004 yang lalu merupakan yang pertama kali berlaku dan tidak mungkin kita lupakan.

Kejadian tanah runtuh, banjir lumpur, banjir kilat, atau kebakaran hutan bukan kerana kesalahan alam ciptaan Tuhan, tetapi disebabkan oleh perbuatan manusia yang tidak mempedulikan betapa pentingnya mereka memelihara alam sekitar. Sikap rakus yang mementingkan keuntungan dan kesenangan dengan cara mudah menyebabkan berlaku penebangan hutan tanpa kawalan, pembuangan sampah merata-rata, pembuangan sisa toksik, dan sistem perbandaran tidak sistematik.

Fenomena bencana alam bukan sahaja mengorbankan banyak nyawa dan memusnahkan harta benda, tetapi juga telah menjejaskan ekonomi termasuk sektor pelancongan sesebuah negara. Tamsilannya, bencana ombak Tsunami dan gempa bumi yang melanda Sri Lanka, India, Thailand, Indonesia, Maldives, Myanmar, dan Malaysia membawa kerosakan yang amat besar. Tragedi Tsunami yang menggemparkan seluruh dunia wajar dijadikan iktibar kerana bencana ini bukan sahaja mengorbankan ribuan nyawa, kemusnahan harta benda, malah mengubah peta dunia. Ada yang hilang dan dijangkakan akan menambahkan angka kematian. Harta benda seperti rumah, ternakan, dan kenderaan telah musnah dalam sekelip mata. Yang lebih menyedihkan atau mengharukan ialah kehilangan orang yang tersayang seperti anak dan ahli keluarga, bak kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Selain itu, mangsa bencana sering mengalami gangguan emosi dan fizikal. Lebih-lebih lagi peristiwa yang berlaku buat pertama kali dalam bentuk yang menakutkan, mengerikan, atau menyayat hati dan datangnya secara mengejut akan mengakibatkan persediaan mental menjadi kurang mantap. Keyakinan mereka terhadap kehidupan semakin pudar lalu menjadikan aktiviti kehidupan bertukar hambar. Selain menjejaskan mental, mangsa yang trauma juga akan mengalami ketidakstabilan emosi. Oleh itu, mereka yang tidak terlibat hendaklah bersyukur dan mengambil kesempatan untuk membantu mereka yang menjadi mangsa pengalaman traumatik.

Intihanya, alam sekitar merupakan sebahagian daripada elemen penting yang perlu dipelihara oleh manusia sebagai satu khazanah yang amat berharga. Pengurusan alam semula jadi yang sistematik perlu diberi perhatian khusus bagi memastikan pembangunan negara secara lestari dan bersifat mesra alam. Bagi mengukuhkan pengurusan alam sekitar, kerjasama dan penyelarasan yang bersepadu antara sektor kerajaan, swasta, dan badan bukan kerajaan sangat diperlukan. Namun begitu, peranan individu juga penting sebagai entiti yang bertanggungjawab melindungi dan memelihara alam sekitar. Tegasnya, tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar bukan terletak kepada pihak yang berwajib sahaja, tetapi menjadi tanggungjawab semua pihak yang terlibat baik secara langsung mahupun secara tidak langsung.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada ’Bencana Alam Angkara Siapa’,Dewan Siswa, September 2006)

1 Fokus petikan ini ialah
A kesan-kesan bencana alam
B punca-punca bencana alam
C bencana ialah ketentuan Tuhan
D kesan Tsunami kepada manusia
2 Antara yang berikut, yang manakah bukan kesan bencana alam kepada manusia?
A  Bencana alam menyebabkan mangsa kehilangan harta benda.
B  Bencana alam menyebabkan mangsa kehilangan orang tersayang.
C  Bencana alam menyebabkan mangsa mengalami gangguan emosi dan fizikal.
D  Bencana alam menyebabkan sektor pelancongan dan ekonomi negara terjejas.

3 Mengapakah mangsa sesuatu bencana sering mengalami gangguan emosi dan fizikal?
I      Mangsa bencana tidak dapat menyelamatkan harta benda mereka.
II     Mangsa bencana tidak mendapat sokongan untuk meneruskan kehidupan.
III   Bencana berlaku secara mengejut dan menyebabkan persediaan mental kurang
       mantap.
IV   Bencana berlaku buat pertama kali dan dalam keadaan yang sungguh menakutkan,
                    mengerikan atau menyayat hati.
A     I dan II                             B     I dan IV
C    II dan III                           D    III

4. Berikut merupakan langkah-langkah yang disarankan oleh penulis untuk memelihara
    alam sekitar kecuali
A  pengurusan alam semula jadi yang sistematik perlu diberi perhatian
B  pelbagai sektor perlu memberi kerjasama untuk mengukuhkan pengurusan alam  sekitar
C  pihak yang berwajib dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk memelihara alam  sekitar
D  setiap individu perlu memainkan peranan untuk melindungi dan memelihara alam sekitar

                                                                       Q  
           


 


                                         P


5. Apakah vokal yang berada di tempat P dan Q dalam rajah di atas


  P
Q
A
i
U
B
e
O
C
ə
O
D
e
u

Untuk menghasilkan vokal ini. Depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan. Vokal  ini hadir dalam semua lingkungannya, iaitu pada awal, tengah dan akhir kata.

 
6.







            Vokal yang dimaksudkan ialah
A.      Vokal depan luas                                      B. Vokal depan sempit
C.      Vokal depan separuh luas                    D. Vokal depan separuh sempit
7. Vokal akhir pada kata [baharu]
            A.  vokal depan sempit                                    B . vokal belakang sempit
            C.  vokal depan separuh sempit                       D.  vokal belakang separuh sempit




 8. Antara yang berikut, yang manakah kata yang mengandungi bunyi diftong
            I    Bait                         II   Sauk
            III  Audit                      IV  Baiduri

A.      I    dan II                       B. I    dan III
C     II   dan IV                      D. III  dan IV

9. Di manakah kedudukan konsonan [y] dalam cara sebutan dan daerah sebutan yang berikut

Lambang Konsonan
Nama Konsonan
I

II

III

IV
[g]

[j]

[ŋ]

[ɦ]
P

Q

R

S
Letusan : Lelangit keras bersuara

Geseran: Glotis tak bersuara

Letupan: Lelangit lembut bersuara

Sengauan: Gusi lelangit keras bersuara






10. Pilih padanan yang betul antara lambing konsonan dengan namanya
   
I
II
III
IV
A
R
P
S
Q
B
P
S
Q
R
C
R
Q
P
S
D
Q
R
S
P




·         Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan
·         Pita suara bergetar
·         Udara mengalami sekatan dan kemudian dilepaskan perlahan-lahan
 
 








11. Pernyataan di atas adalah tentang penghasilan bunyi
            A. letupan                                B. letusan
            C. geseran                                D. sisian

12. Perkataan manakah yang mengandungi konsonan pinjaman
            I    Mengongoi                         II   Mesyuarat
            III  Menerawang                      IV  Mengkhianati

A.      I   dan II                                        B.   I   dan III
C.      II  dan IV                                      D.  III dan IV

13. Perkataan yang manakah mengandungi bunyi konsonan letupan tak bersuara
            I    Ketiadaan                           II   Peradaban
            III  Gelanggang                                    IV  Dedalu

A.      I   dan II                                        B.  I   dan IV
C     II  dan III                                       D. III dan IV

14. Pernyataan yang menunjukkan cirri-ciri diftong
            I    dieja dengan gabungan dua vocal
            II   dihasilkan denganpita suara tak bergetar
            III  wujud cirri geluncuran lidah dalam penghasilannya
            IV  mempunyai dua puncak kelantangan

A.      I  dan III                                        B. II dan III
C      I  dan IV                                       D. II dan IV

15. Perkataan yang manakah dapat menerima sisipan
            I    Serak                                  II   Kejang
            III  Ganggang                           IV  Gabus

A.      I    dan II                                       B. I    dan III
C     II   dan IV                                      D. III  dan IV

16. Kumpulan konsonan yang kesemuanya dihasilkan dengn getaran pita suara ialah
      A   [p, b, t]                                     B          [d, g, b]
      C    [b, k, g]                                               D         [t, d, g]

17. Perkataan manakah yang mengandungi konsonan pinjaman?
      I     Konvoi                                                II          Ninja
      III  Khabar                                     IV        Menggonggong

      A   I    dan   II                                B          I    dan   III
      C    II   dan   IV                              D         III  dan   IV



18. Antara yang berikut, yang manakah kata yang dimulai dengan bunyi letupan gigi-gusi tak bersuara dan diakhiri dengan bunyi sengauan lelangit lembut?
      A   Dandan                                               B         Tenteram
      C   Tanjung                                               D         Keroncong

19. Kumpulan kata yang manakah yang mempunyai fonem yang mengalami proses glotalisasi atau hentian glottis ketika bunyinya dihasilkan?
      A   badak, saat, percik
      B   kakak, bedah, tidak
      C   merah, kekal, kapak
      D   merah, perak, keadaan

20. Antara yang berikut, yang manakah kumpulan kata yang kesemua perkataannya mempunyai vokal tengah.
      A. kekwa, leceh, system                           B. belang, kelmarin, lewah
      C. sembang, ensel, kesumat                      D. sejahtera, kepompong, jerlus


21. Unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu dikenal sebagai
      A   bunyi
      B   fonem
      C   morfem
      D   suku kata

22. Pilih pasangan kata yang kedua-duanya kata tunggal.
       A. berdikari, gelisah                                  B. berenang, gelojoh
       C. berlatih, gelanggang                              D. berdamping, gerodak

23. Yang manaka perkataan yang mempunyai suku kata praakhir tertutup dan suku kata akhir tertutup?
            I. ilmiah                                               II. Lengkuas
            III. kelompok                                       IV. Sumbangseh
A.     I dan II                                           B. I dan III
C    II dan IV                                       D. III dan IV

24. Ayat yang manakah mengandungi kata kerja transitif
            I. Daun berterbangan ditiup angin
            II. Adik selalu memanggil ibu
            III. Cetakan ini berkualiti tinggi
            IV. Pertunjukan itu amat menarik
A.     I dan II                                           B. I dan III
C    II dan IV                                       D. III dan IV

25. Contoh kata kerja tak transitif tak berpelengkap ialah
            I. menjerit                                            II. Melencong
            II. meninjau                                         IV. Meneliti
A.     I dan II                                           B. I dan III
C    II dan III                                        D. III dan IV

26. Ayat yang manakah yang betul penggunaan kata sendi nama?
            A. Hanya golongan yang kaya yang mampu melabur di syarikat-syarikat yang besar
            B. Kepercayaan ini telah menular secara meluas dalam masyarakat kita pada masa ini
            C. Saya berdiri di anjung rumah semasa dia dating bersama-sama ibunya semalam
            D. Banyak peluang pekerjaan yang terdapat di sector swasta semasa ekonomi memuncak.


Banyak siswazah kini yang mahu bekerja sendiri. Mereka mesti berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

 
 




27. Kata berhuruf condong dalam ayat di atas ialah
            A. Kata bantu aspek
            B. Kata bantu ragam
            C. Kata penguat bebas
            D. Kata penguat hadapan

28. Pilih ayat yang mengandungi kata adjektif pancaindera gabungan
            A. Kulit muka pragawati itu licin sungguh
            B. Bedak yang dibeli oleh liza sungguh harum
            C. Suasana di kantin itu bising semasa para pelajar berehat
            D. Pengantin itu kelihatan sungguh cantik setelah di andam

29. Pilih perkataan yang mengandungi tiga morfem
            A. berbaris                                           B. santapan
            C. mempersembahkan                         D. menghadiahkan

30. Jumlah morfem bagi kata berperikemanusiaan ialah
            A. empat                                              B. tiga
            C. lima                                                 D. lapan